Nuffnang Ads

Monday, October 07, 2013

PROGRAM GELANDANGAN MRA

          Program agihan “hygiene kit” telah dijalankan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dengan jumlah 206 pek. Setiap pek mengandungi berus gigi, ubat gigi, sabun dan lain-lain. Sukarelawan seramai 30 orang yang terdiri dari SAHABAT MRA dan Global Community Club, UIA. Terima kasih kepada semua yang berusaha terutama sekali, Pengarah Program Cik Mashitah Ismail yang telah menguruskan beberapa program gelandangan dengan jayanya.


Sesi taklimat sebelum turun ke Lapangan untuk bersama gelandangan dari Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Sdr. Khairil Anuar Khalid. Beliau turut bersama ke lapangan dan sehingga jam 2.40 Pagi masih bersama kami di Sekretariat MRA.
Antara Sahabat MRA yang menyertai aktiviti agihan.
Sesi taklimat oleh Pengarah Program Cik Mashitah.
Membawa barang-barang.
Sesi taklimat selepas turun ke Lapangan.
Gambar Kumpulan
Mana Luqman? hehehe
Kami gembira...hilux(TOYOTA) itu kami yang punya...hahaha
Sudah malam. Jom tidur. hahaha