Nuffnang Ads

Sunday, October 26, 2014

Oh Program Motivasi SPM 2014

Pihak sekolah ini akan mengadakan Program Motivasi SPM 2014 anjuran Unit Bimbingan Kaunseling SMPK Vokasional Indahpura, berikut adalah butiran program tersebut:-

Tarikh : 19 Oktober 2014(Hari Ahad)
Masa : 9 Pagi hingga 4 Petang
Temapt : Pusat Sumber Sekolah, SMPKV

 Kami bercadang untuk menjemput tuan(saya) bagi menyampaikan ceramah dan bimbingan kepada murid-murid kami. Kerjasama dan perhatian tuan(saya) terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Pertama saya jadi ceramah motivasi SPM di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya Johor. Terima kasih Cikgu kerana panggil saya pergi ceramah motivasi SPM.

Saya berniat mahu bantu pelajar-pelajar pekak mesti BERJAYA.

-Saya bercerita pasal "saya buat apa selepas SPM 2008" bagi pelajar-pelajar pekak tahu.
  • Cari kerja KFC pada Disember 2008-Julai 2009
  • Sambung belajar Politekink Shah Alam, Selangor pada Ogos 2009-2011 (kursus : Penyenggaraan Mekanikal)
  • Tukang kimpalan untuk Latihan Industri
  • Pelukis pelan (Oktober 2011-Oktober2012 untuk kontrak 1 tahun)
  • Mengususn pakaian TESCO (November 2012-Mei 2013)
  • Sambung belajar, Kursus : Basic Filmmaking Workshop (2012-2013)
  • Pembantu Persatuan PESIBA (Jun 2013-September2014) 
  • Berniaga sendiri sambil belajar animasi (kini)

-Anda buat apa selepas SPM
duduk rumah? tidur? makan? tak kerja? tak sambung belajar? main manja kucing?
-Kenapa PENTING SPM 2014
-Anda mahu ikut "TIDAK BERJAYA"
ikut SPM GAGAL? ikut orang malas? ikut kawan malas belajar?
-Bagi lepasan SPM yang masih lagi mencari kursus-kursus yang terbaik untuk sambung belajar
Doktor? guru? jurutera? berniaga? Pemain bola? Tenaga pengajar? tukang masak? Pekebun pokok sawit?
-Peranan dan Tanggungjawab murid-murid

-Anda mesti sediakan SPM sebelum sambung belajar/cari kerja
  1. Mengira
  2. Membaca
  3. Mahir
-JANGAN LUPA,ok?
  1. minta maaf kepada sesiapa(guru, ibubapa anda, dan lain-lain)
  2. tanya cikgu/sesiapa  kalau tidak faham baca/soalan
  3. doa

15 minit bagi rehat, wayang pasal TRAILER 1985 ( Malaysia FULL DEAF)
Saya pergi tandas dulu hehehe

Saya berharap pelajar-pelajar pekak mesti lulus SPM 2014.  Jangan mereka ikut saya dapat gagal SPM 2007.. Saya berniat bantu mereka mesti berjaya.