Nuffnang Ads

PESIBA

Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak-Anak Pekak Kuala Lumpur(PESIBA) adalah sebuah organisasi sukarela yang telah ditubuhkan pada 11 Julai 2001.
Persatuan ini tidak berorientasikan perniagaan dan sumber pendapatan atau kewangan adalah diterima sedikit daripada sumbangan Pihak Kerajaan, Badan Berkanun Syarikat-Syarikat Perniagaan serta orang perseorangan. 

About
Unit Belia Remaja Pekak (UBRP)

Description
Pada 25hb Jun 2011,
Unit Remaja Pesiba telah bertukar nama kepada Unit Belia Remaja Pekak. Ini berikutan dengan keputusan Mesyuarat Agong Unit Remaja pada hari tersebut. Pemilihan AJK baru telah di buat dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli dan mereka diberi mandat untuk mentadbir Unit tersebut selama dua tahun. UBRP terbuka kepada semua belia dan remaja pekak yang berbilang kaum berumur 15 tahun hingga 35 tahun.
Unit Belia Remaja Pekak akan sentiasa di awasi oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBA) selaku Penasihat. Semua program yang akan dijalankan oleh UBRP akan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pihak Pesiba.

LIKE Facebook : Unit Belia Remaja Pekak (UBRP)